|
4th May 2010
KOSMO!
Parti lesbian berleluasa
Oleh FIRDAUS HASSAN dan NOR SHAFAWATI
YUP

KUALA LUMPUR -
Menari sambil menjilat tubuh
pasangan masing-masing!
Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat
hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.
Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo!
Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat
pengunjung kelab tersebut pada malam minggu.
Bermula kira-kira pukul 9 malam, kelibat lebih
100 orang yang rata-ratanya terdiri golongan songsang tersebut
dapat dilihat membanjiri premis berkenaan.
style="margin-top: 0; margin-bottom: 0" align="right">
kosmo
paper
malay
mail
Monday May 3, 2010
More than 100 go wild at lesbian party
Other News & View
Compiled by LEE YUK PENG and A.RAMAN
MORE than 100 people turned up for a wild lesbian party held
at a nightspot in Kuala Lumpur on Saturday, Kosmo! reported.
The evening’s entertainment included games where blindfolded
participants placed stickers on their bodies where they
wanted to be licked, the daily said.
Some participants were reported to have also taken off their
clothes to take part in the games.
Guests were also entertained by sexy dancers, the daily
reported.
A source, who wanted to be identified only as Misha, said
the nightspot in Jalan Munshi Abdullah was open from 9pm to
3am every day.
“Underage patrons can enter without showing even their
MyKads. The charge for entrance is only RM20 and if somebody
comes with a date, they get a special price of RM35,” she
said.
She has previously sent an e-mail to religious authorities
complaining of the matter but lamented that no action had
been taken.
myMetro
Pesta
jilat, lekat
Oleh NAZARALI SAERIL dan
FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02
KUALA
LUMPUR: Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan
penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu
pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di
sini, awal pagi semalam.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta
berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati
promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan
laman sosial facebook di Internet.
Pesta terbabit bermula
kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah
permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.
Bagaimanapun, usaha
wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan pengkid
dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil
langkah berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan
hingga hampir gelap.
Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan
pemenang dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta
kembali dengan pasangan masing-masing. Sebelum permainan
berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan
di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta
pasangan mereka.
Ada yang mengambil kesempatan untuk bercumbu, malah mengusap
mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa menghiraukan orang
sekeliling. Dalam masa sama orang sekeliling juga
seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar
pasangan.
Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung
berusia belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan
penuh aksesori manakala pasangan masing-masing pula
berpakaian seksi.
Sementara itu, mengulas
penganjuran pesta songsang terbabit, Pensyarah Program
Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti
Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon,
berkata berdasarkan sudut psikologi, golongan seperti itu
mempunyai jumlah I/D besar untuk mencari keseronokan.
“I/D adalah elemen untuk mencari
keseronokan. Setiap individu mempunyai I/D ‘Ego’ dan ‘Super
Ego’. Oleh itu, apabila jumlah I/D terlalu banyak, ia
berubah menjadi perkara negatif.
“Dalam konteks ini, seperti yang dilakukan golongan terbabit,
mereka mencari I/D bagi memuaskan nafsu secara songsang dan
sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga simptom songsang
dalam diri wanita berkenaan hingga mereka terbabit dalam
gejala terbabit,” katanya.
Sapora mengatakan, bukan mudah untuk
memperbetulkan kembali keadaan jika golongan terbabit
terlalu lama terdedah dengan kegiatan itu.
“Yang perlu dilakukan ialah
menguatkan asas kerohanian serta agama. Ia penting supaya
mereka tidak terus terlanjur di dalam dunia songsang
terbabit,” katanya.
Iklan pasangan songsang
Oleh
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my
2010/05/11
KUALA LUMPUR: Jijik dan menakutkan apabila semakin ramai gay atau golongan homoseksual remaja tempatan tidak segan silu
mengiklankan diri masing-masing bagi memperoleh ‘nikmat seks gila’ dengan menyalahgunakan laman web sosial terutama Facebook.
Difahamkan golongan songsang terbabit seolah-olah mendapat ruang kebebasan untuk mencari pasangan melalui beberapa alamat termasuk Persatuan
Gay Malaysia Kebangsaan, Malaysian Gay dan Gay African In Malaysia. Berdasarkan siasatan, beberapa lelaki homoseksual di kalangan remaja dan lelaki tempatan tidak segan
meletakkan nombor telefon bimbit dengan harapan ada individu sejenis lain berminat menghubungi mereka, sekali gus menjalin hubungan cinta terlarang.
Selain mengiklankan percuma nombor telefon menerusi laman Facebook, kebanyakan pelawat laman web berkenaan turut
meletakkan wajah masing-masing bagi menarik perhatian ‘pasangan’ lain.
Pada masa sama pelbagai kata-kata berahi dan permintaan tidak senonoh turut dimasukkan ke dalam profil diri dalam
laman web berkenaan, antaranya ‘saya mahu yang tua sahaja’, ‘siapa mahukan bonxxx sila hubungi 019******’, ‘saya mahukan hubungan serius...sila hubungi 013*****’ dan ‘Ingin lihat
anu saya’.
Laman web sosial berkenaan yang mempunyai pautan laman web
lain mendapat sambutan menggalakkan terutama di kalangan
remaja tempatan. Tinjauan lanjut turut mendapati pelbagai
tajuk khas menjadi perbincangan pengunjung laman web
berkenaan antaranya pesta seks malam, kumpulan gay KL,
pelancongan gay ke Pulau Redang, gay universiti dan pelbagai
isu lain yang menjadi topik hangat gay dari seluruh pelusuk
negara.
Lebih mengejutkan apabila pihak bertanggungjawab turut
menghasilkan logo khas kumpulan Gay Malaysia terbabit dengan
menyalahgunakan lambang jata negara yang disertakan pelbagai
warna menyamai bendera.
Bagi membuktikan sama ada laman web terbabit disalah guna
untuk tujuan mencari pasangan seks sejenis, wartawan Harian
Metro menyamar ‘peminat kaum sejenis’ sebelum menghubungi
beberapa pengunjung tetap laman web terbabit, semalam.
Wartawan menghantar SMS kepada nombor telefon pemilik
dikenali sebagai Hans dengan bertanya sama ada dia berminat
untuk membuat temujanji sebelum disusuli aktiviti seks.
Umpan SMS itu mendapat maklum balas segera apabila gay
terbabit membalas dan bertanya umur serta lokasi wartawan.
Tanpa segan silu dia menghubungi wartawan sambil memberitahu
kebosanan dan mencari rakan yang dapat dijadikan tempat
bermanja.
Agak memeranjatkan apabila Hans terus mengajak wartawan melancong ke Pulau Redang sambil mendakwa semua perbelanjaan
akan ditanggungnya.Mengulas perkara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek, meminta golongan bernafsu songsang itu supaya bertaubat segera kerana apa yang dilakukan mereka itu lebih teruk daripada haiwan.
“Kita manusia ciptaan Allah, malah haiwan pun tidak melakukan hubungan sejenis, kenapa mahu jadi lebih teruk daripada binatang?” katanya yang dihubungi, semalam.
Beliau berkata, keberanian mereka membuat pengakuan di Internet itu bukan perkara baru, malah jumlah lelaki yang meminati kaum sejenis terbabit ramai.
“Banyak sebab golongan ini boleh wujud, malah di Sidim kami merawat puluhan pelatih untuk kembali ke jalan yang benar selepas terjebak kegiatan homoseksual,” katanya.
myMetro
Aksi panas pengkid,
lesbian
Oleh FIRDAUS SAHAT firdaussahat@hmetro.com.my
2010/05/16
KUALA
LUMPUR: Hanya selepas dua minggu akhbar ini membongkar pesta
‘jilat dan lekat’ khusus untuk pengkid dan lesbian, satu lagi
pesta dengan pelbagai aksi yang lebih panas dikesan diraikan
golongan berkenaan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi
semalam.
Menjijikkan apabila
penganjur bukan saja membenarkan pelbagai aksi bebas seperti
bercumbuan, berpeluk dan menari dengan aksi ghairah, tetapi
turut mengadakan pertandingan ‘drag king’ khusus untuk pengkid.
Golongan wanita yang berperwatakan lelaki itu tanpa segan silu
menari di atas pentas dan menari dengan gaya berahi bertujuan
memperlihatkan mereka juga mampu menari seperti lelaki dan tidak
kurang juga yang cuba menggoda pengunjung yang melihat mereka.
Pada 2 Mei lalu, akhbar ini melaporkan mengenai penganjuran
pesta pengkid dan lesbian yang menyediakan permainan ‘jilat dan
lekat’ di sebuah pusat hiburan.
Pelbagai aksi berahi disajikan golongan berkenaan yang tanpa
segan silu menjilat pasangan masing-masing di tengkuk, dada
serta bawah pusat sambil melentok-lentok seksi.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta awal pagi semalam selepas
mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya
dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial Facebook di
Internet.
Namun berbeza dengan pesta sebelum ini, pintu masuk pusat
hiburan itu dikawal ketat.
Hanya lesbian dan pengkid serta individu yang membuat tempahan
untuk menyertainya dibenarkan masuk.
Pesta terbabit bermula kira-kira jam 10 malam kelmarin dan acara
kemuncaknya ialah aksi peragaan dan tarian pengkid yang
dimulakan kira-kira jam 12.30 malam hingga 1.30 pagi.
Apabila pengkid yang mengambil bahagian mula ligat menari dengan
pelbagai aksi menjijikkan, kira-kira 150 hingga 200 pengunjung
turut memberi sorakan gemuruh.
Begitupun, usaha wartawan untuk merakam aksi panas berkenaan
menemui jalan buntu apabila pihak penganjur mengambil langkah
berhati-hati serta mengarahkan lampu disuramkan.
Tinjauan wartawan
juga mendapati beberapa katil dihiasi cadar berwarna merah
ditempatkan di ruang tertentu.
Beberapa pasangan dilihat mengambil kesempatan bercumbu-cumbuan
dan melakukan aksi ghairah di atas katil itu diiringi muzik.
Menariknya, kali ini pesta itu mendapat khidmat ‘minah saleh’
selaku pengacaranya. Malah, tidak kurang juga segelintir
pasangan lesbian dari negara luar didapati berhibur yang rata-ratanya
dihadiri remaja Melayu.
Bagaimanapun, kemeriahan pesta itu terganggu seketika apabila
sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi melakukan pemeriksaan mengejut.
myMetro |